Thursday, July 29, 2010

RAMADHAN kian meluaskan pintu..


salam 'alaykum..



bulan RAMADHAN kembali lagi..Ramadhan dan puasa adalah sesuatu sinonim dan tidak boleh dipertikaikan lagi..




firman ALLAH dalam 2;183 bermaksud


'wahai orang2 beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa sebagai mana tlah diwajibkan kepada orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa'



ketika post ini ditulis (29 syaaban 1431), inshaallah esok (11 OGOS 2010) kelibat 1 Ramadhan akan memanggil..tuntutan ALLAH s.w.t kepada umatnya supaya bersabar dalam menjalani ibadat dalam bulan yang penuh kemuliaan..




diriwayatkan dari hadith Rasullullah s.a.w, maksudnya, 'sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada ALLAH s.w.t,diampunkan dosa-dosanya yang lampau'



dan H mengharapkan Ramadhan pada tahun ini lebih membawa makna kerna inilah kali pertama berpuasa sebagai pekerja..inshallah..akan ditempuhi dugaan-Mu dgn penuh kesabaran.






'diasaskan Islam atas lima dasar; mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, mengaku MUHAMMAD s.a.w itu utusan ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadhan' (al-hadis)
capitalH_6280

No comments:

Post a Comment