Saturday, March 5, 2011

Malam Citra Nurani vs Hatiku Milik Siapa.

salam 'alaykum...

arini H syif petang..esok pagi2 lg kena bgun cr rezeki utk anak2.haha..so entri pendek malam ni..kejap je..pasni nk melingkar..

malam td berlangsungnya 2 events besar kt USMKK..kt nurani diorang ada malam kebudayaan..harga masuk rm3 kot..skali dgn juadah..masa H balik kerja lalu la dkt susur gajah,sayup2 terdengr paluan rebana ibu tabuh dikir barat..aduhhh..terlewat la plak..dr dulu memg xleh dgr bunyi rebana ibu..berhantu.

sampai kt dewan nurani menyelinap tepi caterer(elak kena bayar)..diorg da serve lagu pertama..suara jogho best sangatt..tp mngkin keadaan dinding dewan yg mnyebabkan gangguan gema..tp xpe..the fact is suara jogho memg best..xcaya kena p dgr dalam bilik muzik yg kalis gema..H bangga dgn grup dikir barat thun ni..himpunan tari bunga yg mempesonakan..ahli2 nya bukan sahaja dari Kelantan,malah dari Penang, N9,T'ganu..kalau dahulu grup dikir barat H,Lantera Kerian didominasi oleh budak2 dip nursing,tp thun ni grup ni campur dgn budak2 sport sc. dgn nurse2 yg da berkerja.haha..memang marvellous..10 full marks.

setelah itu trus ke Dewan Utama..nasib baek park kete kt Nurani..senang nk ulang alik.hehe..smpai kt Dewan Utama forum da separuh jalan..masa tu da kol 930 kot..best sgt tgk Ustaz Farhan Hadi dgn isterinya Ustzah Fatimah Syarha..telatah Dr. Najib sebagai moderator turut mencuit hati..frankly, H xsangka Dr. yg pendiam ini rupanya agak talkative.Dr. Farhan Hadi memetik tulisan Syeikh Qayyum al-Jauziah( maaf jika salah ejaan) yang menulis dalam kitabnya iaitu terdapat 60 jenis cinta yang disalah tafsir, 3 antaranya ialah cinta secara tidak syarie..contohnya couple la..nasib baek H x laku.kot.haha..yg kedua cinta perhambaan..contohnya berkorban demi cinta..konon-konon..yg ketiga cinta al-junun (cinta kegilaan)..contohnya perempuan la..da tau jantan tu mat rempit,kaki dadah tapi demi cinta+muka mamat yg hensem,aku terima seadanya.hahahaha..time tiba turn Ustazah Fatimah Syarha bernadah,Subhanallah,suaranya merdu..ok.abaikan..dia tanya audien apa tugas manusia kt muka bumi ni terhadap ALLAH..cepat je budak MRSM tu jawab..H lupa apa jawapannya..tapi yg H tau hidung budak tu kembang sbb Ustazah puji jawapan budak tu..alaa..maklum la..budak MRSM memang gila glamour.hahahahaa


tp sayang kedua2 event gini jatuh pada tarikh sama,masa yg sama..H xmahu salahkan siapa2..mungkin kedua2 penganjur memilih tarikh yang memang habis sesuai,tetapi nak buat camner..terpaksalah students USMKK memilih..H xpe..sekadar singgah2 je..

ok lah..got to go..esok keje pagi.damn.


'apabila halawatul iman itu dirasai, maka maksiat itu dirasakan pahit'(Fatimah Syarha)
capitalh_6280

Monday, February 28, 2011

perihal R.A.M

salam 'alaykum...


entri kali ini hanyalah sebagai base introduction kepad entri yg akan dikeluarkan entah bila lagi.hahaha..chill out..H tgh boring so just wanna feed u up with such a boring entri also.hahaha

bythe way..korg kenal x saudara Ramlee Awang Murshid (RAM)..seorang figura yg pernah suatu ketika dhulu dibenci oleh H..kenapa??tunggu entri yang akan dikeluarkan entah bila lagi.hahaha..

menurut encik wikipedia figura ini dilahirkan di daerah Papar, Sabah pada 4 November 1967..kira muda 3 tahun dari mak H..RAM ni kira terkenal la dgn jolokan novelis thriller no. 1 Malaysia..ok ygni H x gurau..kalau xcaye,pergi mana2 kedai SMO,Pustaka Seri Intan.PustakaJohan n grabbed urself his novel..haram la korg nk jumpa ayat2 tangkap leleh cintan cintun,jiwang karat..hahahaha..semuanya thriller beb..walaupun kadang2 tulisannya ada yang mengjangkaui (btol x word ni??) logik akal, namun byk pengajaran dr segi agama,kemasyarakatan, kosa-kata daerah dan seribu macam lagi..

H akancerita bagaimana H dapat terpaut hati dgn novel RAM yg pernah dibenci pada satu ketika dahulu..dan H akan tunjukkan 'koleksi kebencian' H terhadap novel RAM..

p/s: maaf..butang SPACE laptop budak imran rosak kot!!!

Sunday, February 27, 2011

coretan MNHDU8S vol.2

salam 'alaykum...

da pkul 12tghari 28/2/2011..OMG...esok da 1/3/2011...sekejap je masa berlalu..rasa mcm bru je semalam jadi student..belaja,bergurau senda di dewan2 kuliah..but the fact is..H da jadi jururawat u29..dan HUSM menjadi current office for me now..

sedar x sedar da 5 bulan lebih la kot H bertapa di 8S HDU..kt wad ni.. dapat dihuraikan brapa byk da pengalaman suka,duka,menyayat hati.menggembirakan..sama je tu kan.haha..


hidup seperti roda,kadang2 di atas,kadang2 di bawah..kalau roda pancit.....


Kullu nafsin za iqatul maut..janji ALLAH S.W.T dalam kalam-Nya..bgitulah hakikat yg harus ditempuh oleh setiap manusia.. dan sebagai seorang jururawat yang hampir setiap hari berhadapan dgn suasana kematian, H tidak mampu untuk terus menoleh ke belakang..sudah menjadi tanggungjawab kami untuk menenangkan setiap waris pesakit yang telah tiada..sudah tiba masanya..H akui,ada juga waris pesakit yang tidak dapat menerima pemergian insan tersayang. walaupun intubation dan CPR tlah dilakukan (bagi kes active resus)..namun,janji ALLAH S.W.T harus dimeterai..janji yang mengajar insan bagaimana erti kesabaran itu mampu membimbing insan ke arah jalan yang diredhai-Nya..







Bismillah hir rah man nir rahim. Mahasuci Tuhan
yang Engkau bersifat dengan Baqa ’ dan
Qidam,Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian
yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan
mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan
siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang
menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran
untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan
sebesar-besar amaran kepada orang yang masih
hidup. Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan
jahanam dan binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah
Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum,
manakala kita sekalian akan kembali menghadap
hadirat Allah Taala. Wahai SAYA Bin IBU SAYA,
wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU
SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah
yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari
dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke
negeri Akhirat. Kamu telah mengaku bahawa tiada
Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya
melainkan Allah, dan bahawasanya Nabi
Muhammad itu Pesuruh Allah.
Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang
kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan
kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah
berasa gentar dan takut, janganlah kamu
berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-
hati dan terkejut. Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU
SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba
Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah
Taala. Apabila mereka menyuruh kamu duduk,
mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:
Siapakah Tuhan kamu? Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu? Apakah kiblat kamu? Siapakah
saudara kamu? Apakah pegangan iktikad kamu? Dan
apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama
kamu? Di masa itu hendaklah kamu menjawab
soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-
habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa
gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-
gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah
kamu jawab begini: Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-
Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah
lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan
haji diwajibkan ke atas aku. Semua orang Islam dan
orang yang beriman adalah saudara aku,bahkan dari
masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “La ila
ha illallah Muhammaddur rasulullah”. Wahai SAYA
Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu
dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu
sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan
dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang
Mahsyar. Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,
bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat
Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula
adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang
Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala
amalan kamu adalah benar, minum di kolam air
nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah
benar. Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan
membangkitkan semula orang-orang yang di dalam
kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah
dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga
Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu.
Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami
sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah
menaruh belas kasihan kepada kamu yang
berdagang seorang diri di dalam kubur ini. Mudah-
mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan
memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala
amal kebajikan kamu. Ya Allah Ya Tuhan, kami
merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak
disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami
Muhammad SAW. Subhana rabbika rabbil izati
amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin. Setiap yang bernafas, Pasti
akan Mati – “Kullu nafsin za iqatul maut” Firman Allah
swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu
benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran,
dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran. ”
Surah Al-A’sr . Dari Abdullah bin ‘Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku
walaupun satu ayat…” Disebutkan didalam satu
riwayat, bahawasanya apabila para makhluk
dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri
tegak di kubur “masing-masing selama 44 tahun
UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN” dan
TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK
BERCAKAP. Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
“ Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG
MUKMIN kelak di hari qiamat?” Maka jawabnya
Rasulullah saw “Umat dikenal kerana WAJAH
mereka putih disebabkan oleh WUDHU’.” Bila qiamat
datang maka malaikat datang ke kubur orang
mukmin sambil membersihkan debu di badan
mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD
tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang
memanggil. Bukanlah debu “itu dari debu kubur
mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN”
mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga
mereka melalui titian Siratul Mustaqim dan
memasuki alam syurga, sehingga setiap orang
melihat para mukmin itu mengetahui bahawa
mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa
sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan
TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal
diwaktu mati 1. Para Nabi 2 Para Ahli Jihad 3. Para
Alim Ulama 4. Para Syuhada 5. Para Penghafal Al
Quran 6. Imam atau Pemimpin yang Adil 7. Tukang
Azan 8 . Wanita yang mati kelahiran/beranak 9.
Orang mati dibunuh atau dianiaya 10. Orang yang
mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman. Didalam satu
riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda
Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan
orang orang yang berada di dalam kubur
dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu
kepada Malaikat Ridhwan: ” Wahai Ridhwan ,
sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-
hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka
di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah
dan berikan mereka segala makanan yang digoreng
dan buah buahan syurga. “Maka Malaikat Ridhwan
menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua
anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua
datang dengan membawa dulang dari nur dan
berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang
yang penuh dengan buahan dan minuman yang
lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi
daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan
berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu
kepada mereka sambil mengucap sebagaimana
yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-
Haqqah bermaksud “Makan dan minumlah dengan
sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan
pada HARI yang telah LALU itu. ”




kasih ke surga.....


HDU8S juga hampir saban hari menjadi saksi bagaimana nilai kasih sayang antara insan..dari anak ke ibu, dari anak ke ayah,dari ibu ke anak,dari ayah ke anak, dari suami ke isteri,dari isteri ke suami..begitulah lumrah..ALLAH S.W.T mendatangkan penyakit bukan sahaja mengajar hamba-Nya bersabar dengan segala dugaan, namun ingin menuji sejauh mana kasih sayang hamba-Nya terhadap insan yang lain..jika dalam kasih sayangnya terhadap insan lain yang sedang ditimpa musibah, maka tinggi jugalah kasih sayang ALLAH kepada insan tersebut.



Maka Allah MENYESATKAN SIAPA yang dikehendaki-Nya, dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya...(14;4)
capitalh_6280

re-branded with love.

salam alay'kum...


seperi berabad lamanya, H tidak menconteng dinding blog ini..sangat bz + laptop rosak + bermacam2 sebab (alasan?) yg tidak mengijinkan H menconteng blog ini..so now..I AM BACK!!!hahahahaa..

so skrg H kembali dgn damn new template..sungguh jeles dgn blog budak fatin..hahaha..lawa x igt punya blog..tp H maskulin..dia feminin..boleh la letak2 burung la,blink2 la..ishh..sakit mata ku.hahaha...dari header lagi da rasa aura awesome-ness tuan punya blog.hahahaha!! yes for sure

'It's gonna be LEGEN-(wait for it),,,, hope your not lactose intolerant,,,,DARY!'.hahaha


act..template ni pon dia yg designkan..H mana ada masa dgn semua ni.hahahaha(nak ada blog sangat)..dia pilih tema hitam putih..seems simple but adorable..haha..H igt nk suh budak tu tambah lace merah la kat mana2 dinding blog ni..baru nampak jantan sket blog H. so far u made a great job..haha..nt H blnja milo beng plak..

ok that's all for now..saja nk pastikan korang rasa H masih wujud di dunia pemblog-an.hehe..chill out!!


‎"when i'm upset,i stop being upset and get awsum instead! true story"(BARNEY STINSON, HOW I MET YOUR MOTHER)

capitalh_6280

sorry for keep you waiting~

salam..

H's lame blog will be renewed for some reasons..construction will be made by my blog+cam whore buddy that i hire for 100 bucks and a glass of milo beng.

stay tuned, my followers( if i got any)

H.

Monday, October 18, 2010

coretan MNHDU8S.

















salam 'alaykum...



hahaha...ari kedua H melaporkan diri di tempat keje..alhamdulillah..so far tiada masalah..senior2 banyak membantu sepanjang berada di sana..begitu juga dgn sister yg baek hati (err...nk request cuti?haha)..arini dapat Job Duty (JD)..so..balik kena baca ape yg tersirat dan tersirat.



siang tadi ada perjumpaan dgn adik beradik medikal (konon-konon)..semua SN2 medikal baru turun..Hasnun, Wea gunung, Peja, Ain, Fatin Hanis, ngan Naji Esah...kami jumpa dengan ibunda (matron)..amanat beliau ringkas tetapi penuh dgn peringatan..alhamdulillah, segala peringatan dapat H igt supaya lebih berhati-hati.. pesannya lagi..setiap kali melangkah keluar dari rumah..niat lillahi taala..sahaja aku kerja kerana ALLAH..baru perasaan ikhlas akan timbul even di tempat paling kita x suka.



so..hari kedua beruniform kuning..lebih konfiden berbicara dgn doc..doc pon da mula tgur2..hahaha..maklum la..sama-sama staff baru..inshallah..rezeki H ALLAH tetapkan di sini..8 Selatan..



akhirul kalam,


We ask not of you a provision; We provide for you. And the good end is for the Muttaqûn
(20;132)
capitalh_6280

Thursday, October 14, 2010

penempatan kekal.inshallah..

salam alaykum...

pabila sudah lama tidak dijenguk,blog ini kembali dicoret..entri kali ini ditujukan khas kepada MISI dan MISA HUSM..hahaha..sama ada korg baca atau tidak..H xkesah..yg penting H nk kongsi brita gmbira ini..

flashback..19/9/2010 lalu adalah tarikh kepada 62 MISIMISA yg baru melaporkan diri..kami terdiri dari program diploma kejururawatan dari PPSK dan di UDM (KUSZA).. setelah melapor diri dan ditaklimatkan..kami rotate masuk wad selama 3minggu..menimba kembali ilmu dan skil setelah kembali dari cuti yg lama..hahaha..kononnya.

setelah 3minggu rotate..arini 13/10/2010 AKHIRNYA kami telah dapat penempatan kekal kami..inshallah..pelbagai riak wajah dapat dilihat secara terang-terangan mahupon bersembunyi..ada yg suka, ada juga yg mencebikkan muka, ada yg melafazkan Alhamdulillah, dan ada yg berwajah selamba seolah tiada apa istimewa..(it's me!!)

dan H lampirkan senarai penempatan bagi semua SN baru bg HUSM..

ainul wirdah(KUSZA) - A&E


amira(KUSZA) - CCU


azizah(penyanyi) - ICU


wawa(nana) - 1TB


azma(lorong bersyarat) - 1TD


div(wani) - 1Selatan


Fathiah (errr..) - NICU


fatin hanis (sakura) - 7 utara (inshallah xkena sepak kat puan azlida)


hamizah(ibunda) - NICU


senun(anum) - 7 Selatan ( gu kacik khairul.inshallah)


kakbeck(veteran) - dewan bedah (OT..tahniah!!)


'afiifah( gu lawe) - 2Selatan (selamat menjadi ibu.haha)


MK(mek kelembai) - 1Utara


madi( bobok) - A&E


akmal(tok bomo) - 2Zamrud


azwan(weamark) - A&E


H - 8Selatan


hizri(seyh) - 2Intan (aku speechless)


lotfi(cuek) - 3Selatan (gu kacik dr abu dzar.inshallah)


peja(gilo onkology tapi xleh) - 7Selatan (peja..takziah..gudluck peja)


razmi(lea) - 2Delima (aku dendam nga mu.haha)


rozi(ADUN Perupok) - 4Selatan


wea(gunung) - 7Selatan


samer(gergasi) - OT (satu-satunya lelaki)


farez - Unit Rawatan Kebakaran..(hahahahahahahahahaha!!!!!)


sena(wawa) - A&E (satu-satunya muallaf di A&E)


dehe(armz) - 3Selatan


izzat(pokjak anok mat nor) - ICU


naji(mokwo) - 2TD..(wad eksekutif..tahniah!!)


nasuha(cik ha) - 6selatan(umi kesiankan kamu..)


aniff(bulu) - URK..


ayuni(mok ore) - unit dialisis (?????)


aziah(gyah) - 2Bauduri (antenatal kot)


fida(boleh bercakap rupanya.) - OT


nira - ICU


qis - OT


nani(seyh) - OT


syima (tibet) - NICU


nuha (HUHA) - 2akik


ain Roslan(KUSZA) - 8selatan (wardmate)


fizah(KUSZA) - OT


nurin - CCU


nadia mazlan (KUSZA) - A&E


aina (berhi masuk court) - 1TB


akmar(rasulabain) - 2Delima (saya dengkikan awak)


izzati(ehem!!!) - 2Delima (saya juga jeles dgn awk)


aishah(KUSZA) - 2Delima (saya pon jeles dgn awak)


amirah(ustazah) - NICU


Kak D - URK


maryam(onelove) - OT


hajar - NICU


rogayah(KUSZA) - OT


syarah - 1TD


zue(che siti) - OT


lee - A&E (TAHNIAH!!!)


weloh - 4Selatan


anis - OT..(u will like it)


amalina - OT (think positive!)


mimi - 2 Intan..(jangan lagi mengeluh..lillahi taala)


sudin - 4Selatan (bo ngula..hahahaha)


midah - URK


kak wani - 2delima (u make me jeles)




alhamdulillah..hope semua nya termasuk H sdri berkerja dgn sebaik mungkin..



remember guys,

TO THE WORLD YOU MAY BE JUST ONE PERSON...BUT TO ONE PERSON YOU MAY BE THE WORLD capitalh_6280