Monday, October 18, 2010

coretan MNHDU8S.

















salam 'alaykum...



hahaha...ari kedua H melaporkan diri di tempat keje..alhamdulillah..so far tiada masalah..senior2 banyak membantu sepanjang berada di sana..begitu juga dgn sister yg baek hati (err...nk request cuti?haha)..arini dapat Job Duty (JD)..so..balik kena baca ape yg tersirat dan tersirat.



siang tadi ada perjumpaan dgn adik beradik medikal (konon-konon)..semua SN2 medikal baru turun..Hasnun, Wea gunung, Peja, Ain, Fatin Hanis, ngan Naji Esah...kami jumpa dengan ibunda (matron)..amanat beliau ringkas tetapi penuh dgn peringatan..alhamdulillah, segala peringatan dapat H igt supaya lebih berhati-hati.. pesannya lagi..setiap kali melangkah keluar dari rumah..niat lillahi taala..sahaja aku kerja kerana ALLAH..baru perasaan ikhlas akan timbul even di tempat paling kita x suka.



so..hari kedua beruniform kuning..lebih konfiden berbicara dgn doc..doc pon da mula tgur2..hahaha..maklum la..sama-sama staff baru..inshallah..rezeki H ALLAH tetapkan di sini..8 Selatan..



akhirul kalam,


We ask not of you a provision; We provide for you. And the good end is for the Muttaqûn
(20;132)
capitalh_6280

Thursday, October 14, 2010

penempatan kekal.inshallah..

salam alaykum...

pabila sudah lama tidak dijenguk,blog ini kembali dicoret..entri kali ini ditujukan khas kepada MISI dan MISA HUSM..hahaha..sama ada korg baca atau tidak..H xkesah..yg penting H nk kongsi brita gmbira ini..

flashback..19/9/2010 lalu adalah tarikh kepada 62 MISIMISA yg baru melaporkan diri..kami terdiri dari program diploma kejururawatan dari PPSK dan di UDM (KUSZA).. setelah melapor diri dan ditaklimatkan..kami rotate masuk wad selama 3minggu..menimba kembali ilmu dan skil setelah kembali dari cuti yg lama..hahaha..kononnya.

setelah 3minggu rotate..arini 13/10/2010 AKHIRNYA kami telah dapat penempatan kekal kami..inshallah..pelbagai riak wajah dapat dilihat secara terang-terangan mahupon bersembunyi..ada yg suka, ada juga yg mencebikkan muka, ada yg melafazkan Alhamdulillah, dan ada yg berwajah selamba seolah tiada apa istimewa..(it's me!!)

dan H lampirkan senarai penempatan bagi semua SN baru bg HUSM..

ainul wirdah(KUSZA) - A&E


amira(KUSZA) - CCU


azizah(penyanyi) - ICU


wawa(nana) - 1TB


azma(lorong bersyarat) - 1TD


div(wani) - 1Selatan


Fathiah (errr..) - NICU


fatin hanis (sakura) - 7 utara (inshallah xkena sepak kat puan azlida)


hamizah(ibunda) - NICU


senun(anum) - 7 Selatan ( gu kacik khairul.inshallah)


kakbeck(veteran) - dewan bedah (OT..tahniah!!)


'afiifah( gu lawe) - 2Selatan (selamat menjadi ibu.haha)


MK(mek kelembai) - 1Utara


madi( bobok) - A&E


akmal(tok bomo) - 2Zamrud


azwan(weamark) - A&E


H - 8Selatan


hizri(seyh) - 2Intan (aku speechless)


lotfi(cuek) - 3Selatan (gu kacik dr abu dzar.inshallah)


peja(gilo onkology tapi xleh) - 7Selatan (peja..takziah..gudluck peja)


razmi(lea) - 2Delima (aku dendam nga mu.haha)


rozi(ADUN Perupok) - 4Selatan


wea(gunung) - 7Selatan


samer(gergasi) - OT (satu-satunya lelaki)


farez - Unit Rawatan Kebakaran..(hahahahahahahahahaha!!!!!)


sena(wawa) - A&E (satu-satunya muallaf di A&E)


dehe(armz) - 3Selatan


izzat(pokjak anok mat nor) - ICU


naji(mokwo) - 2TD..(wad eksekutif..tahniah!!)


nasuha(cik ha) - 6selatan(umi kesiankan kamu..)


aniff(bulu) - URK..


ayuni(mok ore) - unit dialisis (?????)


aziah(gyah) - 2Bauduri (antenatal kot)


fida(boleh bercakap rupanya.) - OT


nira - ICU


qis - OT


nani(seyh) - OT


syima (tibet) - NICU


nuha (HUHA) - 2akik


ain Roslan(KUSZA) - 8selatan (wardmate)


fizah(KUSZA) - OT


nurin - CCU


nadia mazlan (KUSZA) - A&E


aina (berhi masuk court) - 1TB


akmar(rasulabain) - 2Delima (saya dengkikan awak)


izzati(ehem!!!) - 2Delima (saya juga jeles dgn awk)


aishah(KUSZA) - 2Delima (saya pon jeles dgn awak)


amirah(ustazah) - NICU


Kak D - URK


maryam(onelove) - OT


hajar - NICU


rogayah(KUSZA) - OT


syarah - 1TD


zue(che siti) - OT


lee - A&E (TAHNIAH!!!)


weloh - 4Selatan


anis - OT..(u will like it)


amalina - OT (think positive!)


mimi - 2 Intan..(jangan lagi mengeluh..lillahi taala)


sudin - 4Selatan (bo ngula..hahahaha)


midah - URK


kak wani - 2delima (u make me jeles)




alhamdulillah..hope semua nya termasuk H sdri berkerja dgn sebaik mungkin..



remember guys,

TO THE WORLD YOU MAY BE JUST ONE PERSON...BUT TO ONE PERSON YOU MAY BE THE WORLD capitalh_6280

Friday, August 20, 2010

hari al-Quds sedunia~


salam 'alaykum...
sedar x sedar Ramadhan 1431H tlah masuk ke hari ke 11..curahan syukur H hamburkan kepada-Nya kerna masih mengizinkan H bernafas dan menjalani ibadah ini dgn penuh khusyuk dan sabar.


jika ditukar kepada tarikh Gregory..hari ini ialah 21 ogos 2010..genap 41tahun pembakaran Masjid Al- Aqsa oleh pencacai Yahudi laknatullah..sesungguhnya..bangsa durjana ini tidak habis2 ingin menjahanamkan Islam sejak dari dulu lagi.


menyingkap kembali peristiwa hitam itu..pihak Yahudi laknatullah pada awalnya bercadang untuk membuat kemungkaran itu pada 21 Ogos 1968..Pada masa itu seorang yahudi dari Australia, Denis Michel Rohan tlah ditugaskan untuk menjayakan tugas keji mereka.. namun perancangan mereka berjaya dihidu oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan seterusnya ditangkap dan diusir pulang ke Australia.


namun setahun kemudian Rohan dibenarkan kembali ke Palestin oleh pemerintah yahudi laknatullah untuk kembali 'melunaskan dendam' terhadap kesucian Masjid Al-Aqsa..dan pada 21 Ogos 1969. Rohan telah berjaya membakar masjid itu dengan bantuan pihak Yahudi.



difahamkan semasa api kian marak membakar Masjid Al-Aqsa, pihak bomba tidak hadir memberikan bantuan. Namun ALLAH S.W.T Maha Berkuasa..dengan izin-Nya,api berjaya dipadamkan dan Masjid Al-Aqsa terselamat daipada ranap ke bumi.


yang paling mendukacitakan, pihak Israel sengaja membiarkan pembakaran ini. Malahan kononnya menangkap Rohan untuk dibicarakan. Hasilnya Rohan dibebaskan tanpa dikenakan apa-apa tindakan oleh pihak Yahudi dengan alasan Rohan itu gila dan tak waras,walhal pada hakikatnya Rohan adalah seorang doktor.


sesungguhnya kebakaran itu sedikit sebanyak memberikan implikasi yang besar kepada sejarah tamadun Islam yang ada pada MAsjid Al-Aqsa. Kebakaran itu menyebabkan kemusnahan teruk pada tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa iaitu:

Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Masijid Umar adalah salah satu masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah (636M)

Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Mimbar ini sengaja dibakar untukmenghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.

Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah barat daya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang memberikan bantuan Rohan melaksanakannya.


Peristiwa ini telah memberi kesan kepada negara-negara Islam yang lain.OIC ditubuhkan merangkumi 57 buah negara Islam sebagai ahli(termasuk Malaysia). Manakala 21 Ogos pula diisytiharkan sebagai hari Al-Quds sedunia bagi memperingati tragedi itu.










Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]
capitalH_6280

Thursday, July 29, 2010

RAMADHAN kian meluaskan pintu..


salam 'alaykum..



bulan RAMADHAN kembali lagi..Ramadhan dan puasa adalah sesuatu sinonim dan tidak boleh dipertikaikan lagi..




firman ALLAH dalam 2;183 bermaksud


'wahai orang2 beriman, diwajibkan keatasmu berpuasa sebagai mana tlah diwajibkan kepada orang sebelum kamu, semoga kamu bertaqwa'



ketika post ini ditulis (29 syaaban 1431), inshaallah esok (11 OGOS 2010) kelibat 1 Ramadhan akan memanggil..tuntutan ALLAH s.w.t kepada umatnya supaya bersabar dalam menjalani ibadat dalam bulan yang penuh kemuliaan..




diriwayatkan dari hadith Rasullullah s.a.w, maksudnya, 'sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharap balasan daripada ALLAH s.w.t,diampunkan dosa-dosanya yang lampau'



dan H mengharapkan Ramadhan pada tahun ini lebih membawa makna kerna inilah kali pertama berpuasa sebagai pekerja..inshallah..akan ditempuhi dugaan-Mu dgn penuh kesabaran.






'diasaskan Islam atas lima dasar; mengaku bahawa tiada Tuhan selain ALLAH, mengaku MUHAMMAD s.a.w itu utusan ALLAH, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan berpuasa pada bulan Ramadhan' (al-hadis)
capitalH_6280

Sunday, July 25, 2010

LJM..alhamdulillah!!!!




















salam 'alaykum..lama H xupdate..hahahaha..gonna use H sbagai ganti nama..18 julai lepas..result ljm tlah diuar-uarkan tlah berada di ppsk..seorang sahabat H hantar msg katanya beliau lulus DGN JAYANYA dlm ljm..H masa tu tgh berkerja di SMO,langsng tidak dapat fokus 100%..yeahh..same things happen 2 weloh..wktu kerja masih panjang..dalm 7jam lagi nk abes shift.



tidak berpuas hati..H try call puan Azlida as my beloved mum tetapi dia off hp..aduhhh...saat2 genting gini lah puan off hp..H turut mncuba contact puan2 laen ttpi dorng ada seminar..no wonder why puan az off her hp..



as the time beings nira sahabat dari wakaf bharu call...


'atim..aku nk oyk brito gmbiro ko mu ni..aku chat nga puan,aku tlg tny result mu..puan oyak syukur..dia lulus'


WHAT?? H xpercaya..langsung!!!H try call puan xdapat..at last H dpt tau puan trtiggal hp dia kt dewan dan err 'lari' dari seminar semata-mata nk on9,chat with her students...wahh may God bless her..puan az suh H call her @ 6pm n she will b waiting..

6pm @ H's recess time..H call puan.


.'tahniah atim..awk lulus..bo la nanges nyo..hahahaha!!!'


i wonder why she know 'bout my tangisan..hahahaha..

ALHAMDULILLAH..3tahun H berada di USM ALLAH tlah memberi nikmat dunia yg indah sekali kepada H..(selain kahwin)


kepada mmber2 H yg diduga dlm kejadian ini,H doakan anda supaya lebih GAGAH,KUAT dan SABAR dlm mghadapi dugaan-Nya..igtlah ALLAH tidak akan meduga hamba-Nya di luar kemampuan mereka..sesungguhnya syukur itu lebih baek daripada bersabar..inshaallah..ALLAH Maha Mengetahui.




Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain. (HADIS QUDSI)
capitalH_6280


Monday, June 28, 2010

sedetik d'cuti

salam 'alaykum w.b.t lama aku xupdate..bz sbb ljm aritu..ljm??waahhh leh je buat..even soalan nye bena2 menguji kesabaran manusia biasa..namun..berserah jela..da abeh da benda alah 2... skrg aku cuti..cuti aku adala skit2 prgrm..mkn2,hangout dgn member..masak2 kt dapur..igt nk cr keje..tp xtau bila+xde member nk keje..hahahaha.. k la..aku blah dl..lama la xtgk blog aku ni..sje singgah tulis2..hahaha..ok..c ya~

salam sayang,
capitalH_6280